Hi. This is Ameer. Be nice to him. 😝 |
Okay. Stop bebel, This as the title above: The Top 5 Convocation (Graduation) Tips for Gentlemen, like me 😎.
Still Pre-convo not pre-wedding. hihi 😄 |
Mesej aku nak cerita kepada semua, hari konvo ni satu hari je seumur hidup (by category: diploma, degree, master, phd.). jangan pernah siakan peluang ni. Ada orang bawa mak ayah, ada yang datang bawa satu kampung siap ada nenek datang sekali, ada yang datang ngan "wife", future wife macam-macam keadaan.
Jadi sudah tentu lah preparation pun nak yang TERBAIK untuk sambut majlis berprestij macam ni... kan? kan? Jadi, baca Tips ni elok-elok.
1. Datang Awal
Photo credit: https://loinhacviet.info/images/employee-clipart-late-9.jpg |
Majlis convocation sangat padat dengan manusia, hari aku convo sahaja pun sudah 8000 orang para graduan, belum tambah VIP, dif kehormat, parents, family, kawan2 semua tu. anggaran aku dalam 20k orang dekat dewan tu, mungkin lebih.
Jadi, untuk mengelakkan daripada kelewatan hadir ke majlis akibat masalah parking, sakit perut, kucing hilang. eh? you get the idea right? nasihat saya datang awal.
Ni nak cerita sikit pengalaman 3 tahun jaga parking convo, majlis sesi pagi selalunya start pukul 7.30, parents selalunya pukul 6.30 da sampai. Majlis je start pukul 7.30, VIP datang pukul 10.. (Rip Punctuality booo 😿) Kereta da start penuh pukul 10. Pukul 11, parking utama ditutup, budak-budak sesi petang parking kat tempat lain la cerita dia. Tapi parking tempat lain sangat tak best.
Aku bersyukur dapat konvo sesi pagi. Alhamdulillah..
2. Pakaian Kemas
Pakaian, nampak simple tapi tak semua tahu protokol pakaian ketika majlis convocation. Tentera amat menitik berat akan hal sebegini. Sebab tu tentera selalu kelihatan kacak menawan tampan bergaya, cewaaaah.
Nak cerita panjang sangat, bagi video lah senang sikit:
3. Pakai Kasut gelap dan berkilat
Photo credit: http://www.spefix.com/wp-content/uploads/2018/03/Kraasa-1018-Slip-On-Shoe-For-Men-Black-0.jpeg |
Gentleman always put-on their best shoes. Sebab itu lah kasut is a very stringent element untuk mana-mana majlis, convo pun tak terkecuali. Better pakai kasut hitam with kiwi kasi berkilat kasut. Baru ada confident nak convo!
Pakai kasut biar selesa, selesa bukan bererti mahal. Selesa bererti pakai dengan yakin, yakin dengan diri sendiri bahawa kasut yang dipakai tidak akan tercabut, terkoyak, terlerai dan macam-macam kemungkinan lagi yang boleh berlaku ketika berjalan.
Pastikan permukaan tapak kasut kasar, lantai dewan selalunya dilapik dengan permaidani (karpet) licin. Sebagai mesej keselamatan, pastikan grip pada tapak kasut masih lagi berfungsi dengan baik.
Jangan pakai SNEAKERS, anda akan merosakkan majlis convokesyen anda
Photo credit: http://kornerskateshop.com/wp-content/uploads/2018/03/40-41-42-43-44-90.jpg |
4. Bawa pin dan Jarum
Tips ini sesuai digunakan untuk lelaki mahupun wanita, si teruna mahupun dara.
Photo Credit: https://previews.123rf.com/images/nikolae/nikolae1503/nikolae150300005/37449686-contacto-de-seguridad-aguja-alfiler-y-bot%C3%B3n-aislados-en-fondo-blanco.jpg |
Jubah konvokesyen merupakan kain yang amat licin (selalunya diperbuat daripada Polyester ataupun Fabrik Acetate) menyebabkan jubah yang dipakai mudah bergerak ketika berjalan, , Tali "hood" disangkut pada butang kemeja pada bahagian depan, pada bahagian belakang pula "hood" kelihatan lebih labuh daripada bahagian depan menyebabkan hood tersebut mudah untuk turun pada masa yang sama menarik baju yang dipakai keatas. Oleh itu, sila tuck in baju kemeja anda walaupun anda pakai blazer. Bagi menghadkan pergerakan jubah ketika berjalan, lekatkan pin dan jarum pada bahagian bahu dan belakang. Pakai blazer lagi senang nak lekat pin dan jarum.
5. Sikat Rambut
Photo credit: https://static.zara.net/photos///2018/I/M/2/p/0000/000/450/2/w/400/0000000450_1_1_1.jpg?ts=1534496912433 |
Rambut merupakan aset paling penting untuk lelaki maskulin hensem. Flip your hair and girls will fall for you, kata org putih. Pastikan rambut anda kelihatan kemas, Dapatkan perkhidmatan barbershop berdekatan anda sebelum hadir ke majlis. Rambut yang dijaga rapi merupakan First Impression terbaik dalam mana-mana interview.
Jadi, Itu sahaja post yang ingin dikongsi. Terima kasih kerana sudi membaca sampai habis. Love you guys!