MUET
12:10 PMTweet
Assalamualaikum.
MUET,entry terbaru dari real Naqib Ikhwan.Tak perlu tulis panjang pun dah berlambak keluar kat google.(betul,betul,betul...)
Sorry kawan-kawan,lambat post entry ni.But Alhamdulillah,saya akhirnya selesai menjalani Malaysia University English Test (MUET) untuk speaking test.Ha,mesti korang nak tahu macam mana pengalaman saya jawab speaking test.Hmm,siyes teruk giler.
Anyway,pengalaman ni saya mungkin dapat merasainya sekali sahaja untuk seumur hidup.Saya amik muet kat Uitm dungun,perjalanan mengambil masa paling kurang 1 jam dari rumah.siyes,jauh mak ai.. kena pulak trip 7.30 pagi.So,pukul 5.00 pagi lagi dah kena siap nak bertolak pergi.Sambil tunggu abah bersiap,buka buku sikit..Baca rules die,maklumlah nak dapat band cantik,kena ada preparation cantik.betul tak?
![]() |
Nak jawab muet macam jawab SPM,kena bawak slip dan IC. |
Siap solat subuh,minum air kosong segelas,masuk dalam kereta terus bertolak ke dungun.Dalam perjalanan, relaks dan tenang,amik udara pagi.Masa masuk highway memang sejuk sangat,tambah dengan kabus tebal.Nasib baik jalan highway ada divider.Betul tak ejaan 'divider' ni??
Sampai kat Uitm Dungun,terus masuk Quarantine room.(bilik khas untuk semua candidate MUET menunggu giliran masing-masing).Nak dijadikan cerita,giliran group saya paling last untuk trip 7.30,jadi menunggu je la giliran kitorang.(lama kami tunggu bak hang!!).semasa menunggu saya investigate group masing-masing melalui angka giliran.Hah!kena pulak saya ngan sorang lagi budak KMKN,dan sorang kakak dari UiTM Puncak Alam.Sepatutnya empat orang tapi sorang lagi ditarik masuk dalam previous group oleh sebab ada seorang ahli group diorang tak hadir.
sempat lagi tweet otw to Uitm. |
Akhirnya sampai juga giliran kami,dengan keringat hanya tiga orang.Kami mencuba sedaya upaya melakukan yang terbaik.Saya agak terkejut dengan kebolehan diri saya untuk speaking dengan lancar tanpa sebarang speech scratchers(e.g err,um,aaaa) sepanjang ujian tersebut.(Maybe sebab nervous kot.)Masuk bahagian yang ditunggu-tunggu iaitu part B (group discussion).Kami discuss tajuk tersebut seperti yang telah dirancang didalam bilik menunggu.Sayang seribu kali sayang,kami terlupa bahawa masa yang diberi hanyalah 7 minit. Belum sempat saya memulakan conclusion,Examiners memberitahu bahawa masa telah tamat.
Jadi,tiada bonus mark untuk group kami. :( .Anyway dapat souvenir from MUET ::sticker 3090.
Thank you for reading this entry !
0 comments
comment please...