­
my life generation.: Traveloka : review 2.0

Traveloka : review 2.0

12:32 PM

Salam.


AMARAN: Ini merupakan entry kedua untuk post traveloka review. Kepada sesiapa yang membaca entry post ini, anda disarankan untuk membaca entry yang pertama di sini bagi mengelakkan sebarang kecelaruan.

                           /* merokok adalah dilarang sama sekali didalam pesawat. */

Aku rasa ini adalah kali pertama dan terakhir aku menempah tiket dengan traveloka. Kenapa?

Bagi aku traveloka tak masuk dengan jiwa aku. *oceh

Sebab pertama aku rasa kurang berpuas hati dengan syarikat third party ni, cara pembayaran.

Traveloka tak ada medium lain untuk berjual beli selain kad kredit. Mungkin bagi sesetengah pihak tak ada masalah. Tapi bagi aku, ini merupakan suatu kecacatan. Aku tak dapat bayar pakai CIMB clicks. Aku beli tiket haritu pakai kredit kad abah aku, rilek je aku isi data semua pastu tengok kod kat fon dia, setel. Nasib baik ada abah. Father is always a hero. Aye?

Yang kedua, Self check-in.
Apa yang membezakan antara domain (laman web asal) dan co-domain (laman web third party) hanyalah data. Kalau beli guna domain, data akan masuk terus kedalam sistem. Kalau third party, lain pula cerita. Yang ni paling aku tak suka, tak boleh check-in online macam domain. Aku dah cuba check-in pakai apps MAB (Malaysia Airlines Berhad) haritu lepas beli tiket dengan traveloka tapi failed. Ni part yang paling menghampakan aku. *nangis*  Cuba bayang, kalau traveloka boleh check-in online, memang konfem orang dah tak beli dengan domain company. 

Harap-harap traveloka dapat deal dengan syarikat domain untuk meluluskan online ataupun web check-in. Harap sangat. 

Last, Perbezaan harga. 
Yang ni aku baru perasan lepas siap beli tiket. Apa yang aku perasan, harga tiket berbeza walaupun domain yang sama. Apa yang aku nak bagitahu, kat dalam traveloka tulis harga lain tapi bila buka website domain, harga lain.

Aku pun tak tahu cerita di sebalik perbezaan harga tiket ni. Jadi, tak boleh nak cakap la. Kang lain pulak jadinya. Let the figure below blow your mind!


MIND BLOWN!
Jadi, aku akhiri post entri ini dengan gambar diatas agar korang berfikir medium mana satu yang terbaik untuk menempah tiket. Sebarang cadangan boleh lah ditulis pada ruangan komen di bawah (tekan link comment) atau pada shoutbox kat sebelah ni je >>>.

Sekian sahaja entri post daripada Naqib Ikhwan. Stay awesome, Assalamualaikum.


0 comments

comment please...

Follow Me