­
my life generation.: scammer

scammer

3:00 PM


Assalamualaikum wbt.

Kejadian ini berlaku pada hari Selasa (21 JUN 16) pukul 4.35 petang. Aku dikejutkan dengan satu panggilan telefon bermula dengan 03 dihadapan.(maknanya call ni dari KL ataupun Selangor)

Aku agak ragu-ragu nak angkat ke tak, Last aku angkat jugak. 

"Assalamualaikum, Adakah ini Naqib Ikhwan?"

"Waalaikumussalam, ye saya."

"Ye encik Naqib, saya dari Air Asia blablabla nak bagitahu bahawa encik telah layak untuk menerima insuran kesihatan. Pada mulanya insuran ini percuma sahaja tetapi encik hanya perlu bayar RM....  je sebulan"

What? NO! Aku takkan bayar kat mamat ni satu sen pon. Tapi macam mana aku nak tolak permintaan brader ni? Aku tak pandai.

Lepas kejadian tempoh hari aku mula belajar macam mana nak handle situasi ini.

Lepas dengar dia punya penerangan semua terus aku bagi fon aku dekat Ijok, aku keluar pergi mandi.
Petang tu kitorang ada majlis berbuka puasa bersama anak yatim dekat dewan. Aku diberi tugas untuk baca doa pembuka majlis. Teks doa tak hafal lagi.

Ijok ni antara orang yang pandai bercakap kat kolej ni. Alumni Asasi UM la katakan, jadi dia setelkan semua dengan cara baik.

Kemudian Ijok cerita kat aku apa yang dia buat, kata-kata ijok membuka minda aku.

Tak perlu tutup fon sebelum orang tu habis bercakap semua. Kalau kita tahu brader tu scammer sekalipun, tapi kita sebagai manusia pun kena la hormat dia. RESPECT. Benda ni penting nak hidup, brader tu cakap baik jadi kita pun kena cakap baik. 

Tak ada salahnya dengar dia punya penjelasan. Kesian la kat dia nak jual insuran, Dia dah habis terang nanti cakap je tak nak. Setel.

Kembali  kepada topik scammer, Untuk pengetahuan, pihak Air Asia tidak mengeluarkan mana-mana insuran kesihatan kecuali: Tune Protect Travel Insurance. Ini yang official Air Asia punya.
Seandainya ada pihak lain telefon, keputusan di-tangan anda.

 Tune Protect Travel Insurance
Aku setiap bulan bayar insuran nyawa. UniKL pun bagi insuran etiqa untuk rawatan. Rasanya aku dah tak perlukan insuran lain buat masa sekarang. *sorry dr. kartiwa. hehe*

Sampai di sini sahaja, jangan lupa untuk komen pada ruangan di bawah. Kalau nak tengok hasil kerja aku boleh tengok kat Ikhwan Gallery. Kat situ aku post gambar kerja aku design banner, poster dan macam-macam lagi. *tapi, masih lagi beginner, maaf*

So stay awesome gais, Assalamualaikum.







0 comments

comment please...

Follow Me