­
my life generation.: Di sini lahirnya sebuah cinta

Di sini lahirnya sebuah cinta

3:02 PM



Cinta bergema,
Sejarah kebangkitan,
Semangat bagai pahlawan,
Alangkah Oh bertuahnya.
-sebuah lirik nukilan Ahmad Fedtri Yahya.


Assalamuaikum, salam kemerdekaan ke-57.
Terasa bagaikan baru semalam aku postkan entri tentang kemerdekaan ke-52. Rupanya, sudah 5 tahun berlalu. Tuan blog pun dah sampai tumbuh janggut. Ehem.




Bertemakan "Di Sini Lahirnya, Sebuah Cinta" adaptasi daripada lagu Warisan, nyanyian Allahyarham Sudirman Haji Arsyad. Sambutan kemerdekaan pada tahun ini menggesa seluruh rakyat Malaysia menyemai rasa cinta terhadap negara agar dapat meningkatkan perpaduan tanpa mengira agama serta kaum.

Bersyukur kepada ilahi kerana hari ini sudah 57 tahun kita dapat menghirup udara hasil kemerdekaan, hasil penat lelah,pahit getir orang-orang terdahulu yang sama-sama membanting tulang empat kerat demi sebuah kemerdekaan.

Hari ini kita sudah merdeka. Namun kita juga punya tugas yang sama. Meneruskan perjuangan kemerdekaan kita. Memperjuangkan kemerdekaan amatlah sakit. Mengisi kemerdekaan itu lebih sengsara.

Walau apapun rintangan, segetir manapun cabaran. Seandainya kita bersatu kukuhkan perpaduan, duduk sama rendah berdiri sama tinggi. Maka akan lahir satu semangat luarbiasa, semangat seorang pahlawan demi sebuah negara tanah tumpahnya darah kita. Dengan izin maha pencipta, kemerdekaan kita akan terus kekal malah dijulang lebih tinggi. Kerana perpaduan menjamin kesejahteraan. Kerana kita adalah penyambung warisan. Kerana di sini lahirnya sebuah cinta.



0 comments

comment please...

Follow Me