­
my life generation.: Evaluasi ramadhan

Evaluasi ramadhan

1:30 AM


Assalamualaikum

Ramadhan kini berada di ambang pemergian. Selepas ini dah tak boleh nak tengok sepape post apa-apa pasal "Iftor" kat Fb, insta, twitter and segala bagai laman yang sewaktu dengannya. Usah risau, perginya ramadhan ada gantinya. Syawal bakal tiba, semestinya ramai umat Islam khususnya Melayu teruja dan tidak sabar untuk beraya.

Segala persiapan raya sudah disediakan. Dari hujung rambut sampailah hujung kaki semuanya seakan-akan ditampal bersama perkataan "Raya". Songkok Raya, Baju Melayu Raya, Butang Baju Melayu pun Raya, Seluar Raya dan macam-macam lagi semuanya Raya. Tiba-tiba terdetik hati aku bertanyakan soalan kepada diriku. "Adakah aku sudah bersedia menghadapi Syawal dan bulan-bulan seterusnya?" , "Sudah cukupkah ilmu Ramadhan yang aku ada untuk dipraktikkan kedalam bulan lain?". Aku terpaku seketika.*speechless*. Jadi, begitulah tajuk post diatas terhasil.


Inilah checklist harian Ramadhan saya.
1.Eating sahoor properly.
Alhamdulillah, tahun ini cukup sebulan aku bangun sahur. *yeay* Betapa beruntungnya aku dapat puasa kat rumah.

2.Read and understand Quran.
Satu lagi pencapaian. Alhamdulillah. Sekali lagi berjaya khatamkan Al-Quran. Tapi baca jelah. Kalau paham tu... kadang-kadang rajin baca terjemah. kalau tak rajin, sekadar lalu je la jawabnya.

3.Do Dzikir whenever I can.
"Dhzikir" pada kata dasarnya " ingat ". Ia sekali gus membawa maksud mengingati kebesaran dan kekuasaan Allah. Hurm, bulan Ramadhan ni aku rasa macam agak kurang berzikir. Zikir pun sikit-sikit lepas solat.

4.Avoid gossiping and useless words.
ummm. No comment. Tapi tak tahu la kalau ada yang TER-TER. Mintak maaf lah ye.

5.Do charity as much as I can.
Sebab saya ni penganggur dan tak ada duit, bagi sedekah kadang-kadang je. *hehe*

6.Lower my gaze.
Rasanya, saya dah cuba yang terbaik.

7.Learn & teach it to others.
Learn, yes.
teach, قليل جدا  (sikit sangat).

8.Do tahajjud & qiamullail.
Hanya pada last 10 night. tu pun tak banyak sangat amalnya. Semoga diberi peluang lagi untuk aku lakukan yang lebih baik. *Amin.*

Bagaimanapun, aku amatlah bersyukur sebab Ramadhan kali ni adalah yang terbaik yang pernah aku lalui. *Seyus tak tipuuuu* Namun, Ramadhan tahun ini amat mencabar umat Islam serta negaraku Malaysia.

#PrayforGaza #PrayforMH17

Akhir kata, selamat menyambut hari kemenangan. Eid Mubarak. Hari yang baik lebih baik jika diraikan bersama.

maaf zahir dan batin.

0 comments

comment please...

Follow Me