Traveloka: The review.
11:56 PM![]() |
Gambar diatas telah menerangkan apa itu traveloka secara mudahnya. Sekarang ni, biar aku pula terangkan tentang traveloka versi Naqib Ikhwan. yeah!
Seandainya anda seorang traveller dan ingin meminimumkan kos travelling anda ( seperti hotel dan tiket penerbangan.) maka di sinilah tempatnya. Traveloka.
Apa yang best mengenai traveloka?
Pada pandangan aku traveloka ni cukup simple. Sebab dia bandingkan harga dalam satu page. Selalunya, kalau aku nak tempah tiket flight aku buka website syarikat penerbangan tu satu per satu untuk membandingkan harga tiket. Sekarang, dengan adanya traveloka aku hanya perlu pilih tarikh kemudian traveloka bandingkan sendiri untuk aku. Senang la kerja aku.
![]() |
Kalau beli dengan web rasmi Air Asia, kena tambah 4 ringgit untuk direct banking atau RM 8 untuk kredit kad. Malaysia Airlines Berhad pun begitu juga lebih kurang proses dia. Jadi, kenapa bayar lebih?
Setelah selesai proses pembayaran, dia akan hantar e-ticket dalam bentuk PDF. Boleh print e-ticket dan bawa ke lapangan terbang untuk check in. Tak nak print? takpe, pakai fon pun boleh. traveloka Apps boleh didapati di Apps store dan Google play. Selepas check-in boleh la masuk dalam bersedia untuk berlepas.
![]() |
Abaikan sudut fotografi. aku cuma nk tunjuk tiket je macam mana kalau pakai apps. |
Jadi, aku cadangkan tempah tiket flight guna traveloka. Mudah dan selamat. Orait. Selamat mencuba dan selamat travel.
Apa kelemahan traveloka? Nantikan kelemahan traveloka dalam post yang akan datang.
Be awesome and see you soon!
1 comments
maaf puan bertanya. Utk pembelian fligt melalui traveloka tak boleh Web check-in lah ye? Tkasih :-)
ReplyDeletecomment please...