­
my life generation.: anugerah syawal

anugerah syawal

4:36 PM


Salam Saudara Selamat Hari Raya.
Syukur pada yang esa kerana masih lagi dapat mengecapi kemanisan syawal pada tahun ini.


Disamping dapat baju raya baru,baju melayu,kasut,duit raya dan pelbagai lagi benda baru khas untuk Hari Raya Aidilfitri,Alhamdulillah tuhan telah mengurniakan aku hidup yang baru sebagai seorang pelajar foundation di KMKN.

Aku berasa sungguh bertuah dengan kehidupan yang baru ini.kehidupan baru,tempat baru,cara hidup yang baru,roomate pun baru..-_-?? dan paling besar,CABARAN baru yang mendatang! sangat-sangat besar.Berbekalkan kudrat tulang empat kerat,sedikit ilmu dari secondary school dan semangat untuk mencapai keunggulan.Aku mula memberanikan diri melangkah kaki,memijak dunia yang nyata bukan lagi virtual.

Walaupun diasak dengan pelbagai kuiz,ujian selaras serta assingnment yang hadir dari bermacam-macam subjek ilmiah yang bertopengkan Fizik,kimia mahupun matematik,serta subtopik-subtopik yang dipelajari dalam masa singkat sekali gus memaksa otak serta akal untuk memahami,menghafal,mengingati dan menguasainya tanpa mengira aspek grafikal mahupun teorikal.


Syukur kepada yang maha-Esa,berdasarkan Ujian Selaras 1 yang telah diadakan baru-baru ini gred pointer aku agak baik untuk dijadiakan sebagai sebuah permulaan pelayaran selama sepuluh bulan berada di lautan bayu permai di KMKN ini.3.69,nombor pertama untuk aku beraksi dengan level baru.


Seperti mana permainan DOTA,apabila kita mencapai level yang baru,sudah semestinya kita memerlukan barang yang baru.Kita perlu upgrade barang yang ada untuk menjadikan karakter kita bertambah kuat.Hal ini bermakna aku perlu kuasai sepenuhnya topik yang dipelajari demi mengukuhkan pengetahuan akademik aku.Dengan itu,dapatlah aku mencapai  "PERFECT shift" termasuklah matlamat yang diidam-idamkan oleh semua penuntut kolej sebagaimana yang telah diwar-warkan oleh pengarah kolej tempat aku belajar :


Inilah anugerah syawal bagi aku.

0 comments

comment please...

Follow Me