TALENT BRINGS US POSSIBILITIES
9:34 PMTweet
“If you're young and talented, it's like you have wings.”
Ayat diatas mengatakan bahawa jikalau kita mempunyai bakat dan kita tahu bakat kita,kita akan dapat melebarkan sebuah sayap dengan selebar-lebarnya.
Tetapi,adakah kita seorang yang berbakat?Adakah bakat kita akan mengubah hidup kita?Adakah dengan mempunyai bakat kita akan dicari oleh ramai orang?pelbagai persoalan sentiasa bermain didalam minda saya..
Seorang yang mempunyai bakat dan sentiasa mengasah bakatnya,dia telah meletakkan sebuah masa depan yang begitu cerah dihadapannya.Semakin diasah bakatnya,semakin hebat diri serta bakatnya.Pada zaman era globalisasi ini,telah lahirnya ramai manusia yang mempunyai bakat serta kebolehan tersendiri.
Adakah kita merupakan seorang yang berbakat?Ini sebenarnya adalah sebuah soalan cepuemas.Jawapannya ialah ya.Setiap manusia lahir dengan bakat serta kebolehan yang tersendiri.Tetapi hal ini bergantung samaada mereka sedar mahupun tidak.Seandainya mereka tidak menyedari akan bakat mereka sudah tentu bakat yang mereka mililki akan lenyap sedikit demi sedikit.
Jadi,bakat kita akan membesar jika kita berusaha keras dan ini adalah penting untuk menjadikan kita sebagai seorang yang hebat.Dengan adanya bakat,kita boleh mencipta masa hadapan mengikut imaginasi kita sendiri.
Oleh itu,jika anda tahu atau sedar bahawa anda mempunyai bakat tersebut,jangan sesekali mensia-siakanya..
Dengan mempunyai daya pemikiran yang kreatif,bakat kita akan lebih terserlah dengan gaya kita yang tersendiri.
Jadi fikir-fikirkan lah ye... hehe
0 comments
comment please...