­
my life generation.: BATIK PELEKAT.

BATIK PELEKAT.

10:18 PM


kain pelekat,sejenis kain yang dipakai oleh kaum lelaki manakala kain batik pula dipakai oleh kaum wanita.Itu adalah definisi kain yang telah menjadi tradisi dan ia adalah satu pekara yang kita tahu,kenal,faham,serta dapat difikirkan mengikut logik akal..benar??

Tetapi,cuba anda bayangkan...apakah yang akan belaku jika lelaki yang memakai kain batik manakala perempuan yang memakai kain pelekat.sememangnya ia adalah logik dan bukan sesuatu yang pelik jika ia berlaku di rumah..cuba bayangkan ia berlaku di luar rumah seperti di tempat-tempat awam,Sudah pasti ia kelihatan pelik dan semestinya menjadi bahan ketawa orang ramai.

Persoalannya,mengapakah perkara ini boleh berlaku??okeyh relek kejap..mari kita pergi ke negara wiki,
dimana ia mengatakan bahawa kain pelekat ini telah wujud sejak zaman kesultanan melaka lagi dan digunakan oleh kaum lelaki nusantara,kain pelekat dibawa dari satu generasi ke generasi dan secara automatik membawa tradisi yang sama.

Pada hari ini,sudah menjadi kebiasaan jikalau kita melihat orang perempuan memakai seluar pendek ketika berada diluar rumah,bukannya saya ingin memperkecilkan kaum wanita tetapi ini ada berdasarkan kepada perspektif hari ini.Saya hairan,mengapa tiada perempuan yang keluar rumah dengan kain pelekat tetapi ada yang keluar dengan seluar pendek.Bukankan itu akan dilihat lebih baik sedikit jika dibandingkan dengan keluar memakai seluar pendek.

Seandainya design pada kain pelekat dan batik diubah sedikit,adakah ia dapat menjadi tarikan orang lain.
Kain pelekat dan batik semuanya adalah pakaian tradisional kaum melayu.Jikalau kaum melayu tidak lagi memakai kain ini,apakah yang akan terjadi kepada nasib kain ini kelak??

0 comments

comment please...

Follow Me