­
my life generation.: AKU DAH BEBAS !

AKU DAH BEBAS !

6:24 PM


Aku dah bebas??FUHH.. Bahaya gila tajuk post kat atas ni.'mengiang' bulu roma aku...nak kata bebas Palestin,Israel masih lagi menyerang mereka..Nak kata bebas dari penjara,aku mana buat salah apa-apa.(aku budak baik.!!)

TAKKAN TERPISAH ! KAMI BUDDYZ

Beginilah ceritanya,dua hari yang lalu...
Pada tanggal 27 November 2012 (tarikh keramat) bersamaan hari akhir peperiksaan SPM bagi pelajar science stream,setelah tamatnya paper BIO KERTAS 3.Hampir semua students F5 sekolah aku melompat kegembiraan.Perkataan yang paling GEMPAK sekali diorang sebut "AKU DAH BEBAS DARIPADA SPM !!",berkali-kali perkataan sebegitu dikeluarkan. Ada budak pompuan tu main conteng-conteng kat uniform sekolah diorang.Dah la guna marker pen Sharpie aku pastu tak pulangkan balik kat aku..(nages aku sorg diri).Sedih giler rasenye dah nak tinggalkan sekolah SESTER yang disayangi,yang dicintai,yang sentiasa dipuja,yang mempunyai lebih 1001 cerita dalam memori setiap pelajar diorang.

Yeah!! sekarang saya PERCUMA !! (free)

Dan terima kasih SESTER kerana telah banyak mengajar aku secara holistik(menyeluruh) samaada aku sedar mahupun separa sedar ataupun tidak sedar langsung.SESTER juga telah banyak menyedarkan diri aku   untuk menjadi lebih matang dalam pemikiran dan lebih fokus dalam pelajaran serta bersedia dalam menghadapi cabaran masa depan.

orang tu terbang ke atas atau turun ke bawah??(free fall )

generalisasinya(konklusinya),aku ada sedikit peringatan dan nasihat kepada korang yang masih lagi bersekolah,hargailah masa sekolah korang,peluang ni datang sekali je..bila lagi nak bergelar 'BUDAK SEKOLAH',budak nerd,macam-macam lagi (troll face!!) ...masa tuh je peluang nak 'berbaik-baik' ngan cikgu korang...seperti kata pengetua sekolah aq,Lakukan yang terbaik ketika kita masih di alam persekolahan ini.Jadi,inilah masanya,gunalah segala peluang yang ada.

masa depan.. HERE I COME !!
WORD OF WISDOM FOR TODAY:
THE BEST WAY OUT IS ALWAYS THROUGH.

0 comments

comment please...

Follow Me