­
my life generation.: It's Raya

It's Raya

10:00 PM

Bergema suara takbir di angkasa,
Selembut bayu meresap ke dalam jiwa,

Salam.
Basically, raya aku tahun ni ada sedikit kelainan berbanding dengan raya tahun-tahun sebelum ni.

First thing first, Bagi aku cerita pasal flow tahunan raya aku. Tempat raya kitorang sekeluarga ditentukan oleh kat mana nenek aku nak raya. Kalau nenek aku nak raya kat Besut, so kitorang balik Besut. Kalau dia nak raya kat K.Terengganu, so satu keluarga besar, sepupu-sepupu semua datang kepung rumah aku. Memang meriah tak terkata.

6 Syawal tahun lepas, nenek pergi bertemu ilahi. Perasaan sedih semua bercampur baur. Dah dah dah, back to the point.

 Nampak? sekarang ni tak ada hala tuju nak raya kat mana tahun ni. Tetapi, mujur ada group waksep femili besar kami boleh buat reunion. Reunion? pfffttt.

So parents aku da buat pelan, pagi raya solat raya dulu kat sini kat KT (panjang sangat nk tulis K.tergganu) pastu dalam lepas zohor gerak ke rumah maklong kat besut. Semua kumpul kat rumah mak long petang tadi. Kecuali femili pakcik kat Sarawak je tak balik, tapi diorang da balik sini bulan lepas. So, kosong-kosong.


Preparation raya tahun ni pun best, aku rasa tahun ni paling letih aku kemas rumah. Macam-macam benda aku kena buang, gunting n lapik meja, tukar kipas siling, kemas bilik, mop lantai. Letih bhaai. Tapi paling best tahun ni takde beli kuih tunjuk. Kuih raya tahun ni 100 percent hand made!

Kalau nak tahu kuih apa kitorang buat kena la datang raya kat rumah. Baru syiok!
By the way aku buat logo n cover baru untuk Ikhwan's Gallery  khas edisi raya. Have a look HERE!

Orait, sampai kat sini je entry #GOraya naqib ikhwan.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.
Stay Awesome!
Thanks for reading. See you in the next entry!

0 comments

comment please...

Follow Me