­
my life generation.: Post everyday?

Post everyday?

10:00 PM

Sebelah lagi diri aku menyahut. Why not?

Basically, aku mencabar diri aku blog setiap hari. Yep, Every single day.

Agak-agak berapa lama boleh tahan blogging setiap hari?

Sehingga kucing bertanduk? haha.
Benda ni masih lagi menjadi tanda tanya bagi aku. Apa kata cuba dulu seminggu, lepastu sebulan. Start kecik-kecik dulu. lama -lama jadi bukit juga, kan? 

Aku buat macam ni sebab nak kekal produktif. Aku nak jana idea baru, nak bagi otak berfikir setiap hari. Bagi idea kreatif semua keluar terbang bebas di udara macam duit dalam wallet. Lame! Supaya aku berfikir to the next level. Bila aku baca artikel or something aku jadi lebih fokus. *fokus choii.

Aku tahu, benda ni bukan senang. Tapi tak salah mencuba. Motivasi dan semangat wajib berkobar-kobar setiap hari, kit-kat atas meja sedia banyak-banyak buat santapan sambil menaip. *eh?  Rugi la aku upgrade blog bagai nak rak. Tapi tak tulis apa-apa. Tak nak la macam tu kan. Stay productive.
In sya Allah.

Aku harap benda yang aku buat ni bermanfaat kepada diri aku dan siapa-yang membaca blog aku. By the way, aku buat benda ni sebab aku enjoy menulis walaupun gaya penulisan aku ni tak seberapa. But, who cares haha. Asal aku hepi sudaa. Bukan syok sendiri, aku cuma nak enjoy apa aku buat. Macam hobi...

Sekian sahaja daripada Naqib Ikhwan untuk hari ini.
Sebarang cadangan boleh la tulis kat ruangan komen ataupun widget shoutbox dibawah.
Nanti aku baca. I do appreciate your effort so much!  
Stay positive stay awesome. Jumpa kat entry seterusnya. Bye.


0 comments

comment please...

Follow Me